
Diterbitkan pada 25 Sep, 2023
Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad bin Haji Abdullah, berkenan menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Sembilan, YBrs. Puan Suhana binti Suratman dan pegawai-pegawai kanan bertempat di Balai Undang Luak Johol.
Dalam pertemuan ini Yang Teramat Mulia Dato’ berharap NEGERIfm terus menjalankan tanggungjawab sebagai badan penyiaran yang terulung dan memperkenalkan lagi daerah Johol.
https://www.facebook.com/media/set/?vanity=100063999856153&set=a.709444501198872