Show Schedule


Show Name DJ Day Start Time End Time
Segar Pagi ALIN | SABRINA Monday, Tuesday, Wednesday 06:00:00 09:59:00
Santai Negeri JAJA | LYANA | SABRINA Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday 10:00:00 13:59:00
Oghok Potang DJ NEN | DJ SITI Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday 14:00:00 17:59:00
Inspirasi Malam DJ FAD | KHALAF | YK Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday 18:00:00 11:59:00
Oghok Potang Hujung Minggu DJ NEN Saturday 12:00:00 17:59:00
Yok Donga Be DJ SYAFIQ AZRULL Saturday 08:00:00 09:59:00
Segar Pagi Hujung Minggu DJ SYAFIQ AZRULL Saturday 06:00:00 07:59:00
Segar Pagi DJ FAD | DJ SYAFIQ AZRULL Thursday, Friday 06:00:00 10:00:00

Segar Pagi

Menceriakan pagi mulai pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi, bersama-sama penyiar, Syafiq Azrull Zafri bermula Isnin hingga Khamis dan Alin Kamarudin Jumaat hingga Ahad.
Berinteraksi bersama pendengar dalam Sembang Ceria, lebih berinteraktif secara live facebook, whatsapp dan panggilan dari masa ke masa. Tidak ketinggalan membawakan info pagi yang menjadi nadi penting pada awal pagi seperti topik hangat, Keratan Akhbar Hari ini dan hiburan lagu-lagu terkini.

Santai Negeri

Memfokuskan pendengar yang sedang bertugas di tempat kerja, suri rumah dan yang berada di dalam kereta.
Perkongsian maklumat yang bermanfaat di samping menunaikan permintaan lagu-lagu menerusi Facebook dan WhatsApp dalam ruangan Seleksi.
Slot Temubual Selasa hingga Khamis 12.00 t/hari bersama-sama pemimpin tempatan dan tetamu jabatan serta agensi kerajaan menerusi Kemilau Negeri.

 

Oghok Potang

Mengetengahkan Adam Tahir bersama-sama pasangannya Siti Lomak Manih setiap Isnin hingga Rabu, manakala Nen Tebabo dan Pak Tam (Ebby Yus) setiap Khamis dan Jumaat pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang.
Pelbagai isu semasa, memperkenalkan dialek nogori,berinteraktif bersama pemanggil menerusi whatapps dan facebook dalam loghat Negeri Sembilan secara santai sambil berhibur. Tidak ketinggalan menyampaikan mesej kerajaan melalui sketsa yang mencuit hati.

 

Inspirasi Malam

Seleksi Retro bermula pukul 6.00 hingga 7.00 malam memainkan lagu pilihan pendengar bermula tahun 60an,80an dan 90an serta seleksi rohani bermula 7.00 malam hingga 8.00 malam.
Hiburan pada waktu malam mulai 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam lebih kepada hiburan santai menyasarkan golongan belia dan remaja. Informasi yang diberi juga disampaikan dalam suasana yang lebih rileks. Pengisian program lebih kepada info global, hiburan berinformasi dan semasa, antara pengisiannya Zon Aktif, Carta Panggung, Cinta Jangan Kau Lepaskan dan Irama Bollywood

 

Zon Aktif

Rancangan Zon Aktif NEGERIfm akan menyajikan berita-berita sensari dan unik dari seluruh dunia disamping berhibur dengan lagu-lagu permintaan pendengar melalui Facebook. Bertemankan DJ YK pada setiap hari Jumaat, jam 9:00 malam hingga 11:00 malam.

 

Irama Bollywood

Carta 10 lagu popular irama Bollywood, gosip Bollywood, filem terkini Bollywood dan pilihan lagu-lagu hindi oleh pendengar. Bertemankan DJ Bessy pada setiap hari Ahad, jam 9:15 malam hingga 11:50 malam. "Chalo Sunen Aja Aja"

Cinta Jangan Kau Lepaskan

Menyiarkan lagu-lagu cinta, madah-madah cinta dan segalanya mengenai cinta tanpa sempadan. Rancangan Cinta.. Jangan Kau Lepaskan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan waktu siaran ialah jam 11:15 malam hingga 11:50 malam.

Seleksi Retro

Mengetengahkan pilihan lagu-lagu Tahun 60-an, 70-an dan 80-an. Rancangan Seleksi Retro akan bersiaran setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan waktu siaran ialah 6:00 petang hingga 7:00 malam.

 

Carta 10 lagu popular irama Bollywood, gosip Bollywood, filem terkini Bollywood dan pilihan lagu-lagu hindi oleh pendengar. Bertemankan DJ Bessy pada setiap hari Ahad, jam 9:15 malam hingga 11:50 malam.

Rancangan Moh Berpantun ialah rancangan berbalas pantun dikalangan pendengar. Rancangan ini menampilkan penyanyi veteran tempatan popular yang sinonim dengan lagu tradisional dan pepatah-pepatah lama masyarakat Negeri Sembilan iaitu Along Bakar dan turut digandingkan dengan DJ Alin Kamarudin. Rancangan ini akan bersiaran setiap hari Ahad dan waktu siaran dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi.