Segmen-Segmen NEGERIfm

Segmen Pagi Di Negeri

Menceriakan pagi mulai jam 6.00pagi hingga 10.00 pagi bersama penyiar Rosman Mohd Roslan dan Fazreen Mohd membuka satu topik hangat setiap pagi. Mempelbagaikan cara berinteraksi bersama pendengar menerusi iringan gitar (Mood anda hari ini) , Sembang Ceria, interaktif bersama pendengar online, facebook, sms dan panggilan dari masa ke masa. Tidak ketinggalan membawakan info pagi yang menjadi nadi penting di awal pagi seperti Topik hangat Keratan Akhbar Hari ini, Posan MB, dan hiburan lagu-lagu terkini.

Segmen Santai Di Negeri

Memfokuskan pendengar yang sedang bertugas di tempat kerja, suri rumah dan yang berada di dalam kereta. Perkongsian maklumat yang bermanfaat seperti Makan Sedap, Kuiz Bestari, I-Medik, Hidayah-MU disamping melayan permintaan lagu-lagu menerusi Facebook dan Whats App dalam ruangan Seleksi. Temubual setiap hari 11.30 pagi bersama-sama pemimpin tempatan dan tetamu jabatan dan agensi kerajaan menerusi Kemilau Negeri.

Segmen Oghok Potang Di Negeri

Mengetengahkan Adam Tahir bersama pasangannya Nen Tetabo selama 4 jam setiap Isnin hingga Jumaat , 2.00 petang hingga 6.00 petang membawa pelbagai isu semasa/memperkenalkan perkataan nogori,berinteraktif bersama pemanggil/sms/ facebook dalam loghat Negeri Sembilan secara santai sambil berhibur. Tidak ketinggalan menyampaikan mesej kerajaan dalam suasana sketsa mencuit hati menerusi Kok Dulu Elok, Kok Sekarang Kekok dan Mesej Berlenggok.

Segmen Inspirasi Di Negeri

Segmen Agama setiap Isnin hingga Jumaat, selama 3 jam bermula 6.00 petang hingga 9.00 malam yang mengutarakan LIMA konsep rancangan yang semakin mendapat perhatian pendengar. Bersama-sama tetamu ilmuan untuk berkongsi pengetahuan agama, bimbingan bacaaan Al-Quran, Tasawur Islam dan Dosa Dan Pahala yang dikaitkan dengan permasalahan masyarakat hari ini. Pengisian dipelbagaikan dalam bentuk hiburan Islamik dan ketuhanan seperti Takzirah, Zikir Munajat, Bacaan Hizib.

Segmen

Segmen Malam Di Negeri

Hiburan di waktu malam mulai 9 malam hingga 12 malam ini lebih kepada hiburan santai golongan belia dan remaja. Informasi yang diberikan juga di sampaikan dalam suasana yang lebih rileks. Pengisian program lebih kepada info berbaur global, hiburan berinformasi dan semasa, antara pengisiaannya Zon Aktif, Trivia Warisan Pusako, Zon Aktif, Belaian Jiwa, Legasi Rock, Carta Negerifm dan Irama Bollywood.

Rancangan - Rancangan 2018

Kru Pagi NEGERIfm

Menceriakan pagi mulai jam 6 hingga 10 pagi bersama penyiar Rosman Roslan dan Fazreen Mohd membuka satu topik hangat setiap pagi. Mempelbagaikan cara berinteraksi bersama pendengar menerusi iringan gitar (Mood anda hari ini) , Sembang Ceria, interaktif bersama pendengar online, facebook, sms dan panggilan dari masa ke masa.  Tidak ketinggalan membawakan info pagi yang menjadi nadi penting di awal pagi seperti Topik hangat Keratan Akhbar Hari ini, Posan MB, dan hiburan lagu-lagu terkini.

Moh Jalan Jalan Musim Ke 3

Moh Jalan Jalan Musim Ke-3, yang bersiaran menerusi NEGERIfm merupakan Segmen Travelog seorang Juruhebah berkonsepkan perkongsian pengalaman, hebahan dan pelan perancangan aktiviti percutian untuk pendengar golongan muda dan berkumpulan yang hendak ke tempat-tempat pelancongan di sekitar Johor dan Selangor. Masa sedia ada (setiap hari Sabtu antara pukul 3.00 petang hingga 4 petang. Bahan bergambar  dan  klipping (jangkamasa rakaman 4-5minit) mengenai  sesuatu  produk  akan dimuat turun di dalam Facebook NEGERIfm dan Youtube  semasa  siaran.

Hidayah Mu

Temubual kisah saudara baru  dan pendedahan kehidupan sebagai seorang Islam di samping perkongsian panduan cara hidup seorang islam dan juga kisah hijrah personaliti tempatan menghadapi dugaan, cabaran serta pendedahan kisah memperoleh hidayah, masa siaran pada hari Jumaat 10.15 pagi hingga 11.00 pagi

Zon Aktif

Zon aktif berkisarkan kejayaan para belia dari Negeri Sembilan atau luar Negeri Sembilan.Selain itu,Zon Aktif turut memberi peluang kepada IPTA/IPTS berkongsikan aktiviti kampus.Mulai 2018, NEGERIfm bekerjasama dengan JOBS Malaysia untuk memberi info peluang pekerjaan kepada pendengar pada pukul 9.45 malam setiap hari Jumaat.

Inspirasi Di NEGERIfm

Segmen Agama setiap Isnin hingga Jumaat, selama sejam 6 petang hingga 7 malam yang yang semakin mendapat perhatian pendengar. Bersama-sama tetamu ilmuan untuk berkongsi pengetahuan agama, bimbingan bacaaan Al-Quran, soal jawab dan kemusykilan agama dan tauladan kisah nabi-nabi yang dikaitkan dengan permasalahan masyarakat hari ini.Antara rancangan yang terkandung di dalam Inspirasi di Negeri seperti Hadis, Tartil Al Quran, Feqah, Dosa & Pahala , Akhlak & Salasiah Islam Pendakwah Cilik dan Seleksi Rohani

Lebuhraya Ke Syurga

Perkongsian ilmu mengenai hukum dan syarak dalam kehidupan seorang Islam dalam pergaulan dan tatatertib bersama-sama tetamu jemputan. masa siaran adalah pada setiap hari rabu, 6.15 petang  hingga 7.00 malam

Oghok Potang

Mengetengahkan Adam Tahir bersama pasangannya Nen Tebabo  selama 4 jam setiap Isnin hingga Jumaat , bermula 2.00 petang hingga 6.00 petang membawa pelbagai isu semasa/memperkenalkan perkataan nogori,berinteraktif bersama pemanggil/sms/ facebook dalam loghat Negeri Sembilan secara santai sambil berhibur. Tidak ketinggalan menyampaikan mesej kerajaan dalam suasana sketsa mencuit hati menerusi’Ghobuih tak Empuk ’ selama 10 minit serta pelbagai pengsian yang santai menggunakan dialek negeri seperti Osah Handal Eh,Pesan Wan Ayo,Cerita Apo? dan Serampang Laut.

Busker NEGERIfm

Busking NEGERIfm merupakan platform untuk artis baru dan lama mempromosikan single terbaru mereka dalam bentuk persembahan busking/akustik yang diiringi oleh buskers NEGERIfm

Berita NEGERIfm

Berita NEGERIfm melaporkan peristiwa seluruh Negeri Sembilan dengan harapan pendengar memperoleh berita semasa dan mempunyai unsur 'kedekatan'. Tema 'peneraju berita berwibawa' mencerminkan berita yang disiarkan adalah sahih dan mendukung misi serta visi jabatan.

Dunia Sukan

Perkongsian berbagai bahan berita sukan yang berlaku dalam negeri, negara dan antarabangsa untuk dikongsikan bersama pendengar dengan pilihan lagu-lagu terbaik, setiap selasa jam 9.30 malam hingga 11.00 malam