Perutusan Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan

 

Encik Zainal Abidin Asri Bin Wahid

 

Salam 1 Malaysia,

Terima kasih di atas sokongan pendengar setia kami yang tidak pernah berputus asa bersama-sama kami selama ini. Kini RTM telah berusia 71 tahun dan tetap sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk pendengar menerusi informasi terkini dan hiburan stesen. Kami cuba mengorak langkah untuk memastikan sejauh manapun pendengar berada, tanpa mengira usia dan kesibukan, kerinduan terhadap identiti seni dan citra budaya Negeri Sembilan diubati menerusi siaran NEGERIfm.

Oleh itu ,NEGERIfm kini akan memberikan saingan dan lebih menekankan penggunaan teknologi terkini dan aplikasi media sosial sebagai platform bagi memastikan stesen penyiaran itu terus memberi perkhidmatan terbaik kepada khalayak.

Kami juga berharap dapat mengekalkan kesetiaan dan akan melahirkan lebih ramai pendengar menerusi gelombang 92.6 MHz serta turut diterokai oleh perantau anak negeri secara maya menerusi laman sesawang. Kelemahan yang sediada akan sentiasa diperbaiki dan dipantau bagi memastikan kami kekal dihati semua. Pengisian rancangan siaran 16 jam setiap hari tahun ini, bakal memberikan impak yang lebih positif malah akan membentuk keseimbangan dalam hati dan minda pendengar pelbagai kaum menerusi hiburan, pendidikan,ilmu kerohanian, maklumat semasa, pemupukan nilai murni, dan pendekatan 1 Malaysia.

Semoga transformasi ini beroleh kejayaan dan mengangkat kami sebagai stesen pilihan pertama yang berjaya mencuri hati anda dan diingati sampai bila-bila.

 

 

Statistik Pengunjung

6.png1.png3.png3.png1.png
Today56
This week185
This month5797

Tuesday, 27 June 2017