Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bercadang menaik taraf kejohanan sukan lasak air- Jelebu Kayak Eco Challenge, ke peringkat antarabangsa tahun hadapan.
Menurut Pengurus Besar  Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Baharudin Jali, sukan yang diperkenal sejak tahun 1996 itu dilihat mampu menarik minat peserta dari luar negara.
 
Kerajaan negeri juga telah mengisytiharkan kawasan di sekitar cabaran Jelebu Kayak Eco Challenge sebagai kawasan eko pelancongan dan biodiversiti serta dinaik taraf menjadi taman negeri.
 
Melalui pelancongan, pihaknya yakin pembangunan pelancongan di kawasan itu mampu memberi impak, khususnya kepada penduduk tempatan menerusi dasar pembangunan luar bandar.